Mesyuarat JK Pemandu NEHAP Malaysia Bil. 1/2017

Posted on (Edited: )

Mesyuarat JK Pemandu NEHAP Malaysia Bil. 1/2017 telah berlangsung dengan jayanya pada 17 April 2017. Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Gerakan, Blok E7, Kementerian Kesihatan Malaysia. Mesyuarat  dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah pada sesi pertama dan diteruskan oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM Tn. Hj. Md. Jalal bin Bongkik untuk sesi kedua.

Di antara keputusan penting yang dicapai di dalam mesyuarat ini adalah seperti berikut:

1. Penubuhan Kumpulan Kerja Tematik (TWG) yang baru iaitu TWG 10 : Pakar Kesihatan Alam Sekitar dan TWG 11: Penyakit Bawaan Vektor.

2. Agensi yang hadir bersetuju untuk membekalkan data-data bagi pembangunan Malaysia Environmental Health Information System (MyEHIS).

3. Bersetuju agar aktiviti State Environmental Health Action Plan (SEHAP) dikembangkan dan diteruskan ke lain-lain negeri secara berperingkat.

4. Ahli Mesyuarat bersetuju dengan pelan kerja (workplan) bagi TWG 1 – 9 yang telah disediakan.